Isnin, 28 Mac 2011

kisah talipon ALLAH.


assalamualaikum...

Hari ni entri aku terbaik!!!
dlu mase aku umor 7 taun,
aku darjah 1 la kan.
blaja la pendidikan ISLAM.

Blaja la pasal solat..


aku pon dengar la dengan tekun sebab
aku memang dari kecik suke bace pasal kisah2 nabi nih!

Ustazah aku cakap,
SOLAT ni turutan die 2,4,4,3,4 adalah penghubung kita dengan ALLAH.
tu la rakaat kita wajib solat 5 kali sehari kan.

aku plak budak2 mase tu,
&
taksub la sangat2 nak jumpe ALLAH.

Aku balik je rumah,
terus aku g kat talipon rumah aku yang telekom malaysia tu,
aku dail la 24434 dengan harapan dapat cakap dengan ALLAH.
skali ade org cakap, no yang anda dail tidak terdapat dalam perkhidmatan!


Aku jadi pelik2 bangang skejap!
dlm hati aku ckp : EH!!! TAK DAPAT PON CALL ALLAH!!

ni lah kenangan mase dlu2 yang aku xkan lupe sampai bile2.
kelakar ade, bersungguh2 ade, bangang pon ade.
hahahaha...

tapi yang penting!!!
kita ingat lah bahawa solat tu jalan penghubung kita dengan ALLAH.
WAJIB solat 5waktu sehari.
tiang agama kita tu.

Sekian.......

Selasa, 22 Mac 2011

Biodata diri

PROFIL DIRI SAYA


Nama : Mohd Shafiq Bin Mohd Sharif
No Matrik : A 126029
Program : Sukan Dan Rekreasi
Thn Pengajian : Semester 2 tahun 2 (2010/2011)
Email : shafiq_vi@yahoo.com
Almt kolej : K4D 202 Kolej Aminuddin Baki,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.
Almt rumah : 302, Felda Bukit Rokan Utara
73200 Gemencheh, N. Sembilan.
Facebook : Shafiq Sharif.


Sekian,
Terima kasih.

Alat bantu mengajar Bukan Elektronik (ABM) - Kayu Woodball

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaratuh.
Entri kali ini adalah berkenaan dengan alat bantu mengajar (ABM) bukan eletronik.
Tujuan ABM bukan eletronik ini adalah kerana jika seseorang guru itu berada di kawasan pedalaman atau tidak mempunyai banyak kemudahan, guru tersebut boleh mencipta model sesuatu bahan tersebut.
Saya telah memilih kayu woodball sebagai ABM bukan eletronik saya.
Saya telah menggunakan bahan - bahan seperti kayu, botol air 500ml dan sellotape.
Gambar dibawah adalah 10 keping gambar ABM saya dari pelbagai posisi dan sudut.

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

Sekian,
terima kasih.

Sabtu, 19 Mac 2011

Kulit buku Frisbee

Gambar di atas adalah kulit buku yang perlu saya buat untuk kursus Teknologi Pendidikan. Sebab - sebab saya memilih sukan frisbee ini adalah kerana sukan ini tidak begitu popular di Malaysia tetapi amat popular di negara lain terutama sekali negara eropah. Ini secara tidak lansung dapat mempromosikan sukan frisbee dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kulit buku ini dihasilkan oleh Shafiq Sharif melalui tunjuk ajar Mejar Jasmy.
Terima kasih.

Jumaat, 18 Mac 2011

10 video sukan.

Assalamualaikum....
pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 video sukan dimana ada didalam video ini tutorial atau teknik - teknik yang betul dalam sukan tersebut. Enjoy!



Baseball pratice.



hockey ice treadmill





iron rugby machine



Tennis Lobster.



Golf Plane machine







bola sepak.



bola keranjang



american football.



table tennis machines


cricket machines

Khamis, 17 Mac 2011

Video berkumpulan ( sukan Sofbol)


Video di atas adalah video sofbol yang kami ambil ketika berlatih dan juga ketika kami mengadakan perlawanan persahabatan menentang UPSI dan UPM yang dimenangi oleh pasukan sofbol UKM. Video ini ada menunjukkan teknik - teknik memukul, menangkap dan larian dalam sukan sofbol. Ahli kumpulan kami terdiri daripada Ahmad Faiz, Shafiq Sharif, Nik Azril, Hafizuddin dan juga Ronilesmana. Terima Kasih kepada pensyarah kami, Mejar Jasmy di atas tunjuk ajar yang diberikan.

Selasa, 15 Mac 2011

10 Gambar Teknologi dan Inovasi



1. Helikoter Tercepat di Dunia

Tahun lalu di kota Horseheads, N.Y., Kevin Bredenbeck menjadi juruterbang pertama yang mengendali Sikorsky Aircraft’s X2 technology demonstrator. Ujian yang sukses tersebut membuktikan kalau X2 engineering team telah mengatasi batas kebiasaan sesebuah helikopter. Weiner’s team meletakkan 2- single rotor bersamaan (twin), 26.4-foot-long rotor yang berputar pantas.

Sekarang, X2 team telah merekodkan kelajuan tertinggi pada 287 mph.



2. INOVASI NOTEBOOK

Perkembangan Notebook masa depan telah mengembangkan Notebook yang benar-benar dilihat seperti buku. Konsep dua panel LCD yang diperkenalkan membolehkan pengguna untuk menggunakan mengikut keinginan. Pengguna dapat mempergunakan kedua isi panel LCD untuk membaca teks, seperti yang kita lakukan pada buku, atau dapat juga mengubah fungsi satu halaman panel yang ada menjadi keybord untuk menulis teks atau melakukan pengeditan dokumen. Notebook ini juga menggunakan kaedah touchscreen.




3. USB SHUSHI

Seiring perkembangan zaman banyak inovasi terbaru dalam dunia gadget dan membuat kita untuk tertarik untuk memilikinya. Suatu inovasi dari sebuah gadget yang dikembangkan denngan bentuk-bentuk unik yang membuatkan anda menjadi lapar. Ini merupakan sebuah informasi mengenai perkembangan teknologi sebuah USB flashdisk yang unik. Inilah sebuah teknologi yang memiliki nilai positif, yakni mengingtkan anda saat bekerja untuk tidak lupa mengisi perut.



4. MESIN MIMPI


5. ROBOT MANUSIA: GEMENOID-F


Antara kegunaan robot wanita ini di restoran ialah pelanggan boleh memesan makanan yang diingini dengan skrin sentuh pada setiap meja mereka sebelum makanan itu dihantar oleh robot. Bukan setakat itu sahaja, robot ‘samurai’ yang turut dilengkapi dua mata bulat itu juga boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. Gemenoid-F adalah hasil gandingan penciptaannya yang juga pensyarah Universiti Osaka, yang bekerjasama dengan syarikat pengeluar roboy Jepun, Koroko. Ianya yang digerakkan ahasil tenaga tekanan udara, dilengkapi 12 fungsi yang membolehkannya memaparkan aksi mimic manusia seperti tersenyum dan marah. Robot ini juga boleh menggerakkan kulit getahnya untuk ketawa dan menampakkan barisan giginya atau memaparkan wajah mencuka, marah lengkap dengan keningnya terangkat. Ini semua mampu dilakukannya selepas meneriam isyarat elektrik yang dipancarkan daripada inidividu yang ditirunya. Para ilmuwan yang membuat robot seharga US$ 110.000 ini berharap inovasi mereka dapat digunakan dalam berbagai kegiatan kehidupan. Seperti di rumah sakit Tugasnya memang bukan untuk pekerjaan berat, namun lebih dari sisi psikologi.




6. Kepler Space Telescope

Teleskop yang dikatakan begitu canggih ini boleh mengesan planet yang mirip bumi.
Teropong luar angkasa ini boleh menangkap 42 CCDs dan group of 100,000 (tidak paham maksudnya) dan juga bintang - bintang di galaksi bima sakti (within 600 to 3000 light-years of Earth). Jika ada pergerakan planet yang aneh, instrumen ini bakal merakamnya. Misi utama mereka (yang buat teropong) adalah pada tahun 2012 sudah boleh menyelidik kehidupan para alien.
The Kepler telescope—a 15-foot-long, $600 million tool for finding Earth-like planets—captured its first image in April. (Photograph courtesy of NASA)

7. MOUSE BLUE TRACK

Microsoft telah memperkenalkan mouse terbaru buatan mereka. Mouse ini akan menggunakan teknologi terbaru yang disebut sebagai Blue Track. Teknologi ini kelak akan menggantikan mouse laser mahupun optical. Teknologi ini menggunakan led biru yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED biru ini membuatkan mouse ini terlihat lebih menawan. Teknologi Blue Track ini mempunyai kemampuan mengesan dengan lebih baik daripada mouse laser dan mouse optical biasa pada permukaan yang tidak bisa dipakai pada mouse laser.




8. Deep Space Plasma Thruster

Roket tenaga bahan kimia masih menjadi harapan NASA. Biasanya pelancaran roket memerlukan 3.8 million pond propilen yang sangat mahal. Oleh itu,Oleg Batishchev, ketua pasukan RISET dari MIT Department of Aeronautics and Astronautics, memperkenalkan bahan bakar roket yang inovatif, Mini-Helicon Plasma Thruster. Bahan bakar ini direka kerana ia lebih ringan, murah, mudah dipindah ketika di luar angkasa.



9. PEN AL-QURAN DAN TASBIH ELEKTRONIK

Antara ciri-ciri pen Al-Quran elektronik audio bacaan Al-Quran, mengandungi 30 surah dalam Al-Quran, bacaan oleh Sheikh Sudais (Imam Mekah), mempunyai fungsi play stop, repeat, pen berkualiti yang boleh menulis, headphone dengan tempat mengawal suara dan mudah dibawa kemana-mana yang bersaiz pen biasa.



10. BASIKAL MUDAH ALIH

\Dengan model yang sangat unik dan futuristik, praktis yang boleh dilipat menjadi bentuk yang lebih kecil sehingga sangat mudah dan memungkinkan untuk di bawa ke mana sahaja dengan dilengkapi travel bag.


Selasa, 8 Mac 2011

salam.

Minggu ni da start perisai raja-raja.
Ukm dah menang 2 game peringkat kumpulan dah.
1st game lawan N.Sembilan menang 8 wiket.
2nd game lawan kelantan pon menang 8 wiket.
semalam aku balik kampung skejap.
hafiz(kulun) punye ayah meninggal.
sedih la sebab member rapat kan
pastu arwah ayah die memang penyokong setia kriket.
haih.......................
hari ni coach salah bg kata dua kat aku.
die cakap LEMAK aku da bnyk!
hahahahahaha...
aku nak wat pe lg
wat muke selamber jela.
redha aku kate, rezeki tuhan.
hahaha..
esok game lawan perak TLDM.
khamis semi-final.
sabtu final.
5 game dalam 6 hari.
robot seyh!
papepon, aku nak wat yang terbaik utk team!
DOAKAN TEAM UKM BERJAYA!!!!

Teknologi dalam sukan.

Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amat penting. Ini kerana teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Terdapat banyak sukan yang memerlukan sokongan teknologi di dalam sukan tersebut seperti sukan lumba basikal dan olahraga dimana pemenang ditentukan menggunakan masa dan gambar di garisan penamat. Ada sesetengah situasi dimana pemenang tidak dapat ditentukan melalui mata kasar. Di sini, teknologi amat memainkan peranan penting di dalam meningkatkan mutu sukan – sukan tersebut. Setiap sukan harus disiarkan di televisyen di mana sukan tersebut dapat diperkenalkan kepada masyakat dan dapat menarik minat masyarakat untuk mencuba. Sebagai contoh, sukan – sukan yang tidak begitu popular di Malaysia seperti sukan kriket, ragbi, sofbol, bola baling dan sebagainya harus disiarkan di kaca televisyen untuk menarik minat lebih ramai orang untuk bergiat di dalam sukan ini. Pihak korporat boleh menaja sukan tersebut dan secara tidak lansung pihak tersebut mendapat keuntungan melalui cara promosi mereka seperti di iklan televisyen, baju ahli sukan tersebut dan lain – lain lagi. Seperti contoh kita dapat lihat syarikat seperti Nike, Adidas, Tag Heuer dan Standard Chartered menaja banyak sukan di dunia tidak hanya bermotif untuk mempopularkan jenama mereka, tetapi mereka jugak mempopularkan sukan tersebut. Penggunaan internet juga penting dimana penggunaan iklan, blog dan laman web sesawang dapat membantu meningkatkan minat terhadap sukan seperti kita tahu pada zaman sekarang ini, kanak – kanak sudah arif dengan penggunaan internet tidak hanya di rumah akan tetapi dimana sahaja. Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine dalam sukan kriket, sofbol dan besbol dapat membantu jurulatih untuk melatih pemain pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain untuk menunggu giliran mereka. Seperti yang kita tahu, sukan adalah medium untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat. Kita ambil contoh sukan tenis, teknologi TV review terbukti telah banyak membantu pemain untuk melakukan panggilan bola in/out di mana pengadil boleh mengubah keputusan pengadil jika salah. Selain itu penggunaan teknologi dapat menerapkan sifat adil dan jujur di dalam sukan. Kita ambil contoh di dalam sukan olimpik, para pemain akan diambil sampel darah atau sampel urine untuk ujian dadah. Pemain yang gagal ujian dadah akan dihukum kerana mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi. Ia dapat membuka mata masyarakat bahawa sukan sentiasa adil dan menarik. Salah satu cara lain untuk menerapkan sukan di hati masyarakat adalah dengan mengadakan gaya hidup sukan yang terus menerus tidak kira dimana sahaja walaupun di tempat kerja. Akhir kata, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mempromosikan sukan, menarik minat masyarakat terhadap sukan tersebut, membantu meningkatkan kualiti sukan tersebut dan membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik.

Bahan rujukan :

http://www.associatedcontent.com/article/47935/new_technology_cameras_making_sports_pg2.html?cat=15

http://en.wikipedia.org/wiki/Sport

http://www.sportsnetworker.com/2010/11/22/martine-yen-sports-technology-startup/

http://wiki.answers.com/Q/How_has_technology_changed_sport

http://www.somewhatfrank.com/2006/10/should_we_allow.html

Selasa, 1 Mac 2011

bz month!!!

assalamualaikum...

macam biase la, bulan ni, bulan yang sgt bz untuk aku...tournament tak brenti2..lepas satu satu..fuhhhh!!! tuhan je la tahu mcm mane kan...plus, coach baru team cricket UKM pon da sampai. Name die Salah Uddin orang bangladesh. Pergh..semalam jumpe die mcm blur2 je orang nye. die da ckp da lepas ni ade free time je misti ade training...letih wei!!! igt robot ke ape? studies lg..tp tape, aku kan sportsman..memang da jd tugas aku la nak bersukan. Dah la pasni ade game perisai raja2, pastu maybe g pakpong2 kat thailang 15 - 20..walaupon x kompem lg, tp tak kisah la kan..nmpak nye mcm dah bz dah pon! .TAKPE!!! akan aku buktikan kat semua orang yang aku ni walaupon bersukan bagai nak giler, aku masih boleh blaja n cpga aku kekal standard mcm budak2 skema tuh!!! ni azam aku...aku nak mak aku tgk aku amik ijazah nnt!!