Sabtu, 3 Oktober 2009

Microsoft Acces : Report,Query.

Salam.

Sekali lagi saya kembali dengan tajuk microsoft access tetapi dengan berlainan function yang saya belajar iaitu report.Kita seringkali diminta oleh guru-guru atau pensyarah atau boss kita supaya memberikan senarai nama dan juga jantina atau umur.

Adalah amat sukar untuk kita menaip kembali semua nama-nama tersebut.Jadi dengan adanya microsoft access yang menggunakan function report ini,semua yang kita nak kita boleh dapat daripada situ sahaja.

Melalui report,kita boleh pilih cari yang kita mahu untuk dikemaskinikan dan boleh di "print". langkah-langkah adalah sama seperti langkah kita membuat borang.Mula-mula kita pergi ke create dan pilih more report. Table akan keluar dimana kita boleh memilih apa ciri-ciri yang kita mahu contohnya nama,no.pendaftaran dan jantina.Secara automatik table akan terbentuk dan kita boleh print.

Selepas itu,melalui query pula tidak banyak beza dengan report.Query kita bolehmemilih dan selain itu kita boleh edit seperti apa yang kita mahu.Agak lain dari report.selepas itu kita boleh tukar ke report dan print seperti biasa.

Microsoft access.

Salam.

Pada hari ini saya belajar bagaimana hendak menggunakan microsoft access.Memang sangat sukar tapi barulah datang keseronokan belajar benda yang susah ni.Tambahan lagi ia berkaitan dengan komputer,sudah tentu saya tak lepaskan peluang ini.

Saya belajar bagaimana hendak membuat "database" atau pengkalan data.Kita mampu memasukkan banyak data secara sekali gus dan terus menyimpan data itu.Kita boleh menggunakan banyak cara untuk menggunakan microsoft acces ini.

Antara function yang saya belajar tadi ialah bagaimana hendak menggunakan borang "form" setelah table kita siap.Pertama sekali kita pergi ke create,selepas itu kita pergi ke "more form" dan kita pilih form wizard.kita akan jumpa table dimana table itu ada ciri-ciri yang kita taip tadi.Kita pindahkan semuanya ke ruangan sebelah kanan.Selepas itu,Kita ulang langkah ini untuk table yang lain.

Sesudah itu,anda tekan next dan anda akan jumpa jenis layout yang kita nak.Kita boleh pilih berdasarkan kesesuaian anda dan kita akan jumpa stlye table yang kita nak selepas itu.Akhir sekali,kita akan diminta menulis tajuk tugasan kita.Kita boleh bermula menggunakkan borang tersebut.

Jumaat, 11 September 2009

Microsoft Excel.

Salam...

Kembali saya sekali lagi.Kali ini dengan nota microsft excel.Saya tidak dapat hadir ke kelas selama dua minggu kerana saya mewakili Malaysia ke singapore untuk kejohanan kriket World League.
Pada kuliah saya minggu ini,saya belajar dari Dr.Fatimah macam mana kita boleh buat jadual dengan mudah tanpa membazir banyak masa.saya belajar bagaimana hendak menggunakan Formulas dengan berkesan.Di dalam formulas terdapat banyak fungsi yang belum saya ketahui.Apa saya belajar ialah menggunakan define name dan lookup and reference.
Apa yang saya belajar di Lookup & reference adalah bagaimana menggunakan COUNIF. Pada mulanya agak susah untuk menggunakannya,setelah beberapa kali saya cuba jadi senang.Selain itu saya belajar mengguna SUM yang berada di home.Kegunaannya ialah secara automatic jumlah yang kita masukkan akan dikira.lebih memudahkan kita.Saya dapat menyiapkan satu table tentang markah pelajar hasil pembelajaran saya,

Isnin, 24 Ogos 2009

Facebook.

Salam.

Hari ini saya ingin mengulas serba sedikit tentang kegunaan facebook yang kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua generasi baik tua ataupun yang muda.Facebook adalah jaringan hubungan sosial atau "social networking website".

Pengguna facebook boleh menambah dan mengenali rakan-rakan baru dari serata dunia.selain itu,pengguna facebook juga boleh meletak profil-profil tentang diri mereka yang ingin mereka kongsi bersama rakan-rakan mereka.Selain itu,kebaikan facebook ialah kita dapat berhubung dengan sahabat rapat kita yang berada di luar negara dengan mudah dan percuma.

Sebagai tambahan,kita boleh menyertai jaringan "network" yang dikelolai oleh bandar-bandar,tempat kerja,sekolah,kolej,universiti dan lain-lain lagi.Facebook juga boleh digunakan untuk mempromosi sesetengah barang.Kita boleh mengumumkan sesuatu perkara di Facebook da semua rakan-rakan kita akan tahu apa perkembangan atau program terbaru yang dianjurkan oleh kita.Facebook juga mempunyai permainan-permainan yang boleh menghilangkan rasa bosan atau keletihan akibat kerja.

Itu adalah antara rumusan yang dapat saya buat tentang kegunaan dan ungsi-fungsi Facebook.

microsoft power point...

Pada kuliah minggu lepas saya telah mempelajari bagaimana cara untuk kita menjadikan slide kita lebih cantik,efektif dan mudah.Kebanyakan mahasiswa pada zaman sekarang agak lemah dalam penggunaan power point di mana mereka tidak banyak menggunakan kata-kata penting "keyword" dalam persembahan mereka.
Persembahan "presentation" kita haruslah efektif supaya dapat menarik perhatian mahasiswa lain dan menarik perhatian mereka.Selain dari itu,terdapat banyak fungsi-fungsi baru di dalam power point yang saya sama sekali tidak tahu antaranya perbezaaan di antara slide master dan slide biasa.Kebiasaannya bagi slide biasa,kita akan selalu mendapat blank page dimana terpulang kepada kita untuk mengubah background atau warna setiap page itu.
Berbeza dengan slide master dimana di dalam slide master,kita boleh mengubah corak atau background sama seperti slide biasa tetapi slide master background akan kekal sampai bila-bila walauppon kita membuat page baru.Itu adalah antara perkara-perkara baru yang dapat saya pelajari semasa kuliah minggu lepas iaitu perbezaan di antara slide master dan slide biase.

Rabu, 19 Ogos 2009

salam...

semalam saya menerima jersi malaysia saya yang terbaru untuk kegunaan pada tournament minggu depan. Tetapi saya agak kecewa sebab jersi saya nombor 10 di mana nombor sebenar saya ketika mewakili malaysia adalah nombor 11.

Saya dapat 3 baju game, 2 lengan pendek dan 1 lengan panjang.saya juga mendapat 2 helai seluar.Kadang-kadang saya terfikir bahawa alangkah bernasib baiknya saya mampu mewakili malaysia pada usia yang masih muda lagi.

Harapan saya ialah pada tournament yang mendatang di Singapura nanti,saya ingin mengharumkan nama malaysia dan menjadi salah seorang "main man" dalam pasukan malaysia.

Isnin, 10 Ogos 2009

selamat datang ke blog saya...

hari ini 10.08.2009,saya berjaya mempelajari cara-cara membuat blog..
happy sbb dpt belajar bnda baru..
im looking foward to learn a lot of new thing from all of u...