Isnin, 24 Ogos 2009

Facebook.

Salam.

Hari ini saya ingin mengulas serba sedikit tentang kegunaan facebook yang kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua generasi baik tua ataupun yang muda.Facebook adalah jaringan hubungan sosial atau "social networking website".

Pengguna facebook boleh menambah dan mengenali rakan-rakan baru dari serata dunia.selain itu,pengguna facebook juga boleh meletak profil-profil tentang diri mereka yang ingin mereka kongsi bersama rakan-rakan mereka.Selain itu,kebaikan facebook ialah kita dapat berhubung dengan sahabat rapat kita yang berada di luar negara dengan mudah dan percuma.

Sebagai tambahan,kita boleh menyertai jaringan "network" yang dikelolai oleh bandar-bandar,tempat kerja,sekolah,kolej,universiti dan lain-lain lagi.Facebook juga boleh digunakan untuk mempromosi sesetengah barang.Kita boleh mengumumkan sesuatu perkara di Facebook da semua rakan-rakan kita akan tahu apa perkembangan atau program terbaru yang dianjurkan oleh kita.Facebook juga mempunyai permainan-permainan yang boleh menghilangkan rasa bosan atau keletihan akibat kerja.

Itu adalah antara rumusan yang dapat saya buat tentang kegunaan dan ungsi-fungsi Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan