Isnin, 24 Ogos 2009

Facebook.

Salam.

Hari ini saya ingin mengulas serba sedikit tentang kegunaan facebook yang kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua generasi baik tua ataupun yang muda.Facebook adalah jaringan hubungan sosial atau "social networking website".

Pengguna facebook boleh menambah dan mengenali rakan-rakan baru dari serata dunia.selain itu,pengguna facebook juga boleh meletak profil-profil tentang diri mereka yang ingin mereka kongsi bersama rakan-rakan mereka.Selain itu,kebaikan facebook ialah kita dapat berhubung dengan sahabat rapat kita yang berada di luar negara dengan mudah dan percuma.

Sebagai tambahan,kita boleh menyertai jaringan "network" yang dikelolai oleh bandar-bandar,tempat kerja,sekolah,kolej,universiti dan lain-lain lagi.Facebook juga boleh digunakan untuk mempromosi sesetengah barang.Kita boleh mengumumkan sesuatu perkara di Facebook da semua rakan-rakan kita akan tahu apa perkembangan atau program terbaru yang dianjurkan oleh kita.Facebook juga mempunyai permainan-permainan yang boleh menghilangkan rasa bosan atau keletihan akibat kerja.

Itu adalah antara rumusan yang dapat saya buat tentang kegunaan dan ungsi-fungsi Facebook.

microsoft power point...

Pada kuliah minggu lepas saya telah mempelajari bagaimana cara untuk kita menjadikan slide kita lebih cantik,efektif dan mudah.Kebanyakan mahasiswa pada zaman sekarang agak lemah dalam penggunaan power point di mana mereka tidak banyak menggunakan kata-kata penting "keyword" dalam persembahan mereka.
Persembahan "presentation" kita haruslah efektif supaya dapat menarik perhatian mahasiswa lain dan menarik perhatian mereka.Selain dari itu,terdapat banyak fungsi-fungsi baru di dalam power point yang saya sama sekali tidak tahu antaranya perbezaaan di antara slide master dan slide biasa.Kebiasaannya bagi slide biasa,kita akan selalu mendapat blank page dimana terpulang kepada kita untuk mengubah background atau warna setiap page itu.
Berbeza dengan slide master dimana di dalam slide master,kita boleh mengubah corak atau background sama seperti slide biasa tetapi slide master background akan kekal sampai bila-bila walauppon kita membuat page baru.Itu adalah antara perkara-perkara baru yang dapat saya pelajari semasa kuliah minggu lepas iaitu perbezaan di antara slide master dan slide biase.

Rabu, 19 Ogos 2009

salam...

semalam saya menerima jersi malaysia saya yang terbaru untuk kegunaan pada tournament minggu depan. Tetapi saya agak kecewa sebab jersi saya nombor 10 di mana nombor sebenar saya ketika mewakili malaysia adalah nombor 11.

Saya dapat 3 baju game, 2 lengan pendek dan 1 lengan panjang.saya juga mendapat 2 helai seluar.Kadang-kadang saya terfikir bahawa alangkah bernasib baiknya saya mampu mewakili malaysia pada usia yang masih muda lagi.

Harapan saya ialah pada tournament yang mendatang di Singapura nanti,saya ingin mengharumkan nama malaysia dan menjadi salah seorang "main man" dalam pasukan malaysia.

Isnin, 10 Ogos 2009

selamat datang ke blog saya...

hari ini 10.08.2009,saya berjaya mempelajari cara-cara membuat blog..
happy sbb dpt belajar bnda baru..
im looking foward to learn a lot of new thing from all of u...